Jom Main Tekan - Tekan!

Monday, April 13, 2009

Soulmate!!!

Buku cerita yang paling best di abad ini adalah twilight..me ada keempat - empat buah buku di bawah ini..Memang Stephenie Meyers adalah penulis yang terhebat apabila mengarang cerita ini seolah - olah kita dikelilingi vampires...Tahun lepas pun ada keluar cerita ni kat cinema..Sape yang xtengok memang rugi sangat sangat..Cara penulisan Stephenie Meyers memang superb..



Dalam twilight ni, ceritanya berkisarkan kisah budak sekolah menengah yang bernama 'Isabella Swan' dimana dia berpindah ke Forks untuk tinggal bersama ayahnya..Kerana dia tidak mahu membebankan mak dia yang telah berkahwin lain..Di sekolah tersebut, dia menjadi kegilaan ramai lelaki..Tapi dia lebih tertarik dgn Edward Cullen yang pada mulanya cuba mengelakkan diri daripadanya sehinggakan tidak datang ke sekolah selama seminggu..Edward tidak boleh mendekati Bella kerana Bella mempunyai 'scent' yang sangat menarik Edward..

Apabila pergi berkelah dengan kawan - kawannya, dia berjumpa dgn Jacob Black..Jacob banyak memberitahu tentang kewujudan Cullen, Vampires dan Werewolves..Dari situ, Bella dapat mengagak yang dia bercinta dengan Vampires...namun dia boleh menerima keadaan tersebut..
Ini adalah kerana kumpulan Cullen adalah yang vegetarian..mereka tidak menghisap darah manusia namun mereka hanya mengisap darah - darah haiwan apabila mereka thirsty..

Di dalam buku ini juga, menceritakan betapa sukar untuk bercinta dengan seorang vampires..kerana terdapat kumpulan vampires yang lain yang tertarik dengan 'scent' Bella..Kumpulan Cullen yang mempunyai 7 orang bekerjasama untuk menyelamatkan Bella.



Sambungan kepada New Moon adalah di mana apabila ahli keluarga Cullen meraikan hari ulang tahun Bella di rumah mereka..Tangan Bella terluka dan menyebabkan salah seorang daripada ahli keluarga Cullen tidak dapat menahan nafsunya kerana tertarik dengan 'scent' Bella..

Edward mengambil keputusan untuk meninggalkan Bella kerana memikirkan ia adalah jalan yang terbaik untuk semua..Tapi Bella tidak dapat hidup tanpa Edward selama beberapa bulan..Selepas itu, ayahnya meminta Bella untuk berkawan dengan Jacob kerana tidak tahan melihat kesakitan yang dialami oleh Bella...Apabila berkawan dengan Jacob barulah dia tahu yang Jacob adalah werewolves..Di banyak melakukan aktiviti - aktiviti yang merbahaya sehinggakan Alice adik kepada Edward melihat Bella sudah mati kerana terjun dari cliff..Edward merasa kecewa dan ingin membunuh diri..

Alice cube cari semula Bella dan menceritakan apa yang terjadi serta terperanjat Bella masih hidup..Mereka mencari Edward dan sempat menyelamatkan Edward daripada mati..


Sambungan kepada cerita ini adalah Edward berjanji tidak akan meninggalkan Bella sehingga tidak diperlukan..Jacob pula yang banyak terasa hati kerana menyimpan perasaan kepada Bella..Di dalam cerita ini juga, Victoria (soulmate kepada orang yang dibunuh Edward) datang semula untuk revenge membunuh Bella..Ahli kumpulan Cullen dan werewolves bergabung untuk menentang mereka..dan akhirnya mereka berjaya..


Ini adalah buku yang terakhir dimana mereka telah berkahwin selepas habis sekolah..Mereka telah mengadakan hubungan dan didapati Bella mengandung..Masa ini adalah tahap kritikal kerana bayi dalam perut Bella adalah separuh manusia dan separuh vampire..Bella kelihatan tidak bermaya..akhirnya Dr Cullen (ayah Edward) meminta Bella untuk meminum darah kerana bayinya tidak lapar makanan tetapi darah..Panjang lagi ceritanya..memang kena baca la..sebab jalan cerita yang tidak jemu dan tidak boleh berhenti jika sudah memulakan pembacaan..

Tapi memang best r kalau couple ngan Edward Cullen..Romantik dan Hensem..Siapa ada ciri - ciri macam 2??hihihi

5 comments:

Jasmine ^^* said...

cepat baca buku last tu.. dan tuliskan sinopsis cete kat sini...hehe

Cahaya Kasih Ladyana said...

saya sudah habis baca sumela..hihii...

Jasmine ^^* said...

tulislah sinopsis

Cahaya Kasih Ladyana said...

penat dah..baca sendiri..xpun nanti tanye kat kelas..hihi

Jasmine ^^* said...

tulis je ending tu.
kat u sedang taip karangan skrg..haha