Jom Main Tekan - Tekan!

Thursday, February 17, 2011

1st activity 2011-City Park

Tahun ni saya akan libatkan murid - murid dengan pelbagai program..
So as a start, saya membawa mereka ke City Park..

Aktiviti yang dijalankan di sana..Berjalan di sekeliling tasik tersebut sambil menghirup udara yg nyaman..hihi..kelakar plak tulis cmni..cam skema jek..hahaha

Selepas berjalan - jalan memberi makan roti kepada ikan - ikan yang kelaparan..Seronok tgk students memberi makan kepada ikan - ikan..




Saya bersama murid - murid Pendidikan Khas

Kak Ani selaku pembantu saya yg banyak membantu ketika susah dan senang

Ikan - ikan di Ct Park

Lihat Ikmal tersenyum




Kami gembira sangat - sangat


Selepas itu, saya memberi mereka layang - layang..Walaupun angin tiada tapi mereka dapat bermain dengan lari bersama layang - layang..hihi




Kak Ani with her youngest son

Gelagat Murid Berkeperluan Khas

Dalam kelas sy ada 6 org murid..
Sikit ke banyak??

huhu..

Actually siapa yg berkecimpung dalam dunia pendidikan khas ni..baru tau ape yg dialami..
Sesetengah orang mengatakan senang jek ajar pendidikan khas..
Cube la dulu baru cakap okey!!

Dalam kelas saya ada 6 org murid yang terdiri daripada hyper-autisme, slow learner, cerebral palsy & yg selebihnya slow learner..Mereka semua terdiri daripada pelbagai karekter yang mewarnai hidup saya..chewah..hihi







Yang penting..Saya sayang kamu semua!!

Wednesday, February 16, 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang guru sebagai isteri?hihi


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Wednesday, February 2, 2011

Iklan Sekejap YE!

SALAM U ALL..

KALAU RAJIN - RAJIN TGKLA KAT FACEBOOK INI

SAYA ADA MENJUAL SHAWLS YG CANTIK-CANTIK YE!!

Tuesday, February 1, 2011

Anak muridku yg tersayang

Harini dah start bulan Februari..Hari ni bday daddyku..
Happy Bday Ayah!!!

Hari ni hari Selasa..dahla kena g sekolah gak..Padahal mud hari ni dah mud cuti dah ni..Sabar jela..huhu..

Sambil - sambil berehat mengambil picca..

Ada sesiapa x yg nk membantu mencantikkan kelas ini lagi..hihi


Ha ni ha budak ni..Sabar jela ng dia..Sampai berkilat - kilat muka..Xdapat den nak nolong..

Ni pulak murid yg paling disayangi kat sekolah..Sebab ape..Sebab dia ni ramah sangat..Suke salam dengan sume org..Kire cam hormat la kat org yg lebih tua..Pastu yg bestnyer, sambil belajar boleh menyanyi - nyanyi..Mmg terhibur la kalau ada dia..Dan xbanyak ragam..

Harini cume 5 org sahaja yg datang..Huhu

Esok 2 feb..Sedihnye..Esok bday si dia..Tapi xdapat celebrate ng dia..Sedih sangat la..Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

30/1/11 Hujan di seluruh Malaysia


Hari Ahad yang lepas kan hujan jek satu Malaysia..

Memang sangat best duk umah..

Sejuk..Bangun pun agak lewat hari 2..Mama ng Ayah nak tapaukan roti canai pun xrase nak makan..

Tibe2 tengahari lapar pulak kan..Hari yg sebelumnya, hari Jumaat ikutla sorang cikgu ni g shopping kat Giant..dia nak buat pizza utk anak2 dia..Yana pun terasa cam nak buat la..

Jadi nak xnak..hari Ahad 2 menguli la jadikan doh utk pizza..pastu letakla topping yg Yana suke..Yana letak hotdog sikit ng ketam 2..Suke..
Yg bestnyer adif cakap..Nana, nana masak sedapkan..Cam kat kedai...Wah..Terharuuuuuuuuuuu

Tuesday, January 25, 2011

Addicted

Baru Yana terperasan yg Yana ni dh malas sangat nak buat biz Yana..Seyesly..Sebab ape tau..Sbb skang tgh addicted ng game ni..Waaaaaaaaaaa..

Bez giler r..

Sape yg main game ni?jomla jadi neighbor Yana ye..

Add me d FB: princess_lyieana@yahoo.com

atau pun kalau nak beli tudung di http://www.facebook.com/MISSLADYANASHOPS

Sunday, January 9, 2011

HP ku ranap


Sedih sangat malam tadi...

Tengah sibuk2 nak upload gambar..
Xpasan hp bawah kerusi n yana duduk atas kerusi 2..
Bile rase cam sumting wrong, tgk2 kat skrin dah ada garis2..

Waaaa..Apela nasibku..Sedih sangat..Sebab sayang giler hp ni..Dapat pun waktu 1st dapat gaji..So mmg xsangka..Mmgla ada cakap nak tukar Satio..tp bukan nak trade in yg e72..napela e72 kecik ati?xkesian ke kat yana..Dengan tgh2 bulan xda duit..Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Wednesday, January 5, 2011

Layak ke?



Setiap hari pk benda yang same jek..Layakkah diriku untuk menjadi guru ye?
Actually kalau guru rasa layak la..But untuk menjadi penyelaras ni rasa cam satu bebanan..
Sebab ape?
1) Xsuke nak memerintah orang
2) Xsuke bagi arahan - lebih rela mengikut
3) Xlayak lagi sbb xda pengalaman
4) Xtau nak handle pengurusan sesuatu program
5) Xbersedia

Hmm..Memang minat sangat - sangat jadi cikgu..but lagi suke jadi cikgu biasa - biasa jek..nak cakap hebat sangat jadi penyelaras ni ke ape..xda langsung..bosan adalah..tapi sbb dah diberi tanggungjawab nak xnak kena la tanggung..

Skang lagi susah sebab sorang je cikgu yang kena mengajar..Sabar jela..Setiap hari berdoa mintak2 ada la cikgu baru yang nak mengajar di sekolah yana dalam bidang pendidikan khas ye..aminnnnnnnnn...

Even xberminat pun ni la hasil kelas yana..yana xpandai langsung nak lukis..tapi tampal - tampal sticker leh la..kire cantik gak kan..lalalala..
t akan datang yana akan amik pic keseluruhan kelas ye..

c u next time





aktiviti cuti sekolahah bersama pembantu ku yang gila - gila memperketawakan hasil kreativitiku,...hahahaha

Tadaaaaaaaa...

Monday, January 3, 2011

HARI PERSEKOLAHAN

HARI NI 3/1/2011

HARI PERSEKOLAHAN YANG PERTAMA PADA TAHUN 2011

ESOK 4/1 ADALAH GENAP SETAHUN SAYA BERGELAR SEBAGAI SEORANG CIKGU..

BANYAK SUKA DAN DUKA MENGHARUNGI CABARAN MENJADI CIKGU..SO U ALL JANGAN INGAT EA KEJE CIKGU NI SENANG..

MEMANG RUMIT..SEBAB KAT SEKOLAH CIKGULA SEGALANYE..CHEWAH..HAHA

HARINI XBUAT APE PUN JUST KEMAS - KEMAS KELAS N BUAT ULANGKAJI..ALHAMDULILLAH KELAS MACAM NAK BERTAMBAH LAGI MURID..SUKE GILER..BUT YANG SEDIHNYE CIKGU SORANG JEK..AYOYO..

Saturday, January 1, 2011

1111

SALAM..
DAH LAME GILER XTULIS DALAM BLOG INI...
DAH TERLUPE KEWUJUDAN BLOG NI..
MANUSIA MMG LUPE KALAU DAH BERJAYA..YEKE?HAHAHA

SEDAR XSEDAR DAH TAHUN 2011..START PADA TAHUN NI, UMURKU SUDAH MENJADI 25 TAHUN..TUA KE?XLAGI KUT..BANYAK SANGAT YANG INGIN DICAPAI SEBELUM BERKAWIN..HEHE..

SEDAR XSEDAR JUGAK DAH SETAHUN MENJADI PENYELARAS AKA CIKGU PENDIDIKAN KHAS..DAN YANA BERASA SANGAT - SANGAT SERONOK..SEBAB TAHUN NI ADA PENAMBAHAN MURID..N KELAS PUN DAH DIKEMASKINI UNTUK MENJADI LEBIH CANTIK..

START DARIPADA HARI NI, YANA AKAN CUBA MENULIS SETIAP HARI KALAU BOLEH LA..XPUN SEMINGGU SKALI..SIAN BLOG NI BERHABUK - HABUK LAME XDISENTUH...TAPI KALAU U ALLS RASE RINDU - RINDU KAT YANA..LEH JE TGK YANA KAT www.missladyanashops.com ...XPUN ADD JE YANA KAT FACEBOOK..ZAMAN SKANG KAN SUME ORG MAIN FACEBOOK..HIHI..SO EMAIL ADD FOR FB ADALAH princess_lyieana@yahoo.com

TQ SEBAB MEMBACA CERITA YANG TIDAK SEBERAPA INI..AKHIR KATA SELAMAT TAHUN BARU N DIHARAPKAN TAHUN INI AKAN JADI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN - TAHUN LEPAS..AMIN..