Jom Main Tekan - Tekan!

Tuesday, January 26, 2010

Shawls Chanteq Bangat!

KEPADA SESIAPA YANG RAJIN BACA - BACA BLOG YANA NI..
JOM KITA TINJAU - TINJAU
missladyanashops.blogspot.com

TERLALU BANYAK SHAWLS YANG MENARIK..
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!



Dinner with family..

Dah lame giler x cerita pasal yana kan?
So hari ni..Yana citer la ape yg berlaku selama beberapa hari ni xtulis kat blog..
Hari ni mama amik lepas sukan..Then dia cakap, ayah nak bawak makan kat Johnny's..

Balik - balik terus siap la..

Bersiap sedia utk makan..Sangat penat sebab panas duk kat padang..Muka pun dah hitam..

Adik ku yg comel tengah bermain - main dgn chopsticknya..
Berlagak giler makan nak dengan chopstick..
Hai..sabar jela..

Mama: Adif..Adif..Tumpah, siap ko..huhu..

Even tengah makan pun sempat tengok camera..
So take care u all..Semoga jumpa lagi!!!

Ngecat kelas

Dulu sangat blur xtau nak start dari mane..
Now yana dah dapat serba sedikit idea..
Ingatkan nak cat kelas 2 bagi cantik..then baru mintak peruntukan nak beli perabot baru ke ape ke..hihi..hopefully kelasku akan jadi cantik..
skang baru separuh cantik..hihi..


Ni adalah sebelum kelas Yana dicat..hihi..
Tapi papan kenyataan kat belakang dah tampal sikit - sikit la..

Nasib baik ada family yang sangat memahami..hihi..Membantu ku ngecat di dalam kelas..

Noris tengah ngecat..

Ada separuh lagi kat bawah yang xdicat..hihi..Akan disambung pada hari Jumaat ni..yeah!!
Xsabar!!!T dah cantik akan ku ceritakan lagi..Bye2!!!

Musim Sukan

MUSIM SUKAN

Start minggu lepas hingga akhir bulan 2 akan diadakan latihan rumah sukan..
Penat gile sebab 2x smgu ada latihan..Dulu masa kat maktab pun jarang pergi, kat sekolah kena pergi tiap - tiap hari..Cikgu baru la katakan..Tapi kalau xcikgu baru pun kena pergi gak..sebab kena la tunjuk contoh yang baik..

Tahun ni yana jadi dalam rumah Hijau..Dulu kat sekolah pun memang selalu rumah hijau..kat Maktab je rumah biru..hihi..

Ok..Yana telah diberi tugas untuk latihan lontar peluru..So dalam masa 2 minggu ni kena cari la beberapa orang murid dalam tahun 4 - 6 untuk dijadikan wakil bagi rumah hijau..hopefullu rumah hijau menang la tahun ni..ahaks..

Selain daripada tugas itu, Yana kena jadi cikgu bagi kumpulan sorak..Thats mean yana kena la cari student untuk bersorak bagi kumpulan hijau..hmm..Yang ni xcarik lagi..hihi..

Suasana semasa nak lumba lari..

Ke garisan..

Pasukan perempuan memberi semangat...

Wednesday, January 6, 2010

Kisah sekolahku

Hari : Isnin

Tarikh: 4 Januari 2010

Aktiviti: Hari Pertama Persekolahan

Refleksi:

Malam sebelum hendak pergi ke sekolah, saya berasa sangat takut kerana saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan tugas saya sebagai penyelaras bagi membuka program Pendidikan Khas di sekolah tersebut.

Apabila sampai di sekolah, hati saya berdebar – debar sebab takut. Saya tidak tahu bagaimana hendak melakukan tugas saya. Tapi saya bernasib baik kerana terdapat guru – guru yang banyak menolong saya. Sesudah habis perhimpunan, saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan bagi menanyakan bagaimana dengan saya. Selepas itu, saya telah berjumpa dengan Guru Besar untuk bertanya dengan lebih lanjut. Beliau telah menyatakan bahawa kelas untuk program Pendidikan Khas sudah ada. Selain daripada itu, kelas tersebut juga akan dicat. Saya berasa sangat lega dan bersemangat. Selepas itu, saya telah meninjau kelas tersebut bagi mendapat gambaran bagaimana saya hendak mengubah kelas tersebut menjadi kondusif.

Sebelum mendapat tugas yang sebenar, saya telah diberi tugas untuk menjadi guru kelas sementara bagi kelas 5D. Saya telah belajar sesuatu yang baru bagaimana untuk menguruskan yuran murid – murid.

Hari : Selasa

Tarikh: 5 Januari 2010

Aktiviti: Relif Kelas 4B

Refleksi:

Pada hari ini, saya telah diminta untuk relif kelas bagi kelas 4B. Ini adalah kerana cikgu yang sepatutnya masuk ke dalam kelas tersebut tidak ada lagi.

Memandangkan saya relif pada waktu PSV jadi saya meminta murid untuk melukis pemandangan berkaitan di tepi pantai. Saya meminta murid untuk menyiapkan tugasan tersebut dalam masa 1 jam.

Selepas relif, saya menyusun kerusi dan meja di dalam kelas bagi program Pendidikan Khas yang akan datang. Saya telah pergi ke tempat Pra Sekolah bagi menampakkan gambaran bagaimana saya ingin mencorakkan kelas saya pada masa akan datang. Selain daripada itu, saya banyak bertanya kepada guru Pra Sekolah tersebut untuk mendapat sedikit input yang boleh diaplikasikan kedalam kelas saya.

Hari : Rabu

Tarikh: 6 Januari 2010

Aktiviti: Relif Kelas 5C

Refleksi:

Pada hari ini saya telah mendapat relif bagi kelas pada pukul 8.00 – 9.00 pagi. Namun, ada seorang cikgu minta ditukarkan saya kepada 5C pada pukul 8.30 – 9.30 pagi. Apabila masuk ke kelas tersebut, saya melihat di atas meja setiap orang murid terdapat kertas lukisan. Jadi saya meminta murid untuk melukis gambar pemandangan di air terjun pula. Ramai murid yang mengeluh mengatakan ia sukar tetapi saya banyak memberi motivasi kepada mereka. Saya meminta murid menghantar lukisan tersebut pada hari ini juga. Semua orang murid memberi kerjasama yang baik.

Selepas relif, saya menyiapkan menulis buku yuran bagi kelas 5D. Apabila telah selesai tugas tersebut, saya terus ke kelas Pendidikan Khas bagi menyambung kerja yang tidak siap lagi. Saya telah mengelap perabot – perabot yang terdapat di dalam kelas. Saya juga telah menelefon En Azlan selaku Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas bagi mengetahui bagaimana hendak mendapat cat bagi mengecat dinding kelas Pendidikan Khas. Saya berasa sangat teruja untuk menjalankan tugas saya.

Tuesday, January 5, 2010

Posting dah..

Hye sume!!!
Lame giler xtulis dalam blog ni..sebab saya bz sangat cuti sek ni..
Asyik menjual shawls jek..huhu...Sampai xda masa nak tulis kat blog ni..
Hmm..K skang sek dah bermula..So mula la tugas Yana sebagai seorang guru..
Aduh2..Camne nak cerita ni ye..

28 Dec adalah tarikh Yana pergi taklimat...Kat taklimat 2 la tau sek n tau benda yang paling xsuke didengar..hahaha..Yana kena jadi Penyelaras Pendidikan Khas..Maknenye Yana kena bukak kelas baru..dah la fresh lagi..memang blur giler...

Esoknye 29hb yana pergi sekolah daftar sek..actually kena daftar 4 Jan..tapi saje pergi awal supaya leh tinjau2 sek n tau kelas masalah pembelajaran..malam 2 dah cuak..telefon kawan mak Yana n macam2 la..dalam fikiran ingatkan sekolah dah tau pasal perluasan pendidikan khas..sampai2 sek..GB xtau ape2..aduh..susah banget nak explain..aduyai..then, dia cakap esoknye ada meeting..

Lusa 30hb, pergi meeting sekolah for the 1st time..waktu dia Yana kena perkenalkan diri semua..n Gb gtau akan buat perluasan sek semua..

Dah habis semua 2..balik rasa sedih sebab xdapat kelas n xtau nak mula ape..Mama pula bagi tekanan kat Yana..memang tensen..xtahan sangat call la JPN tanye macam ne GB xkasi kelas lagi..Nasib baik petang 2 dia turun sek yana..Bernasib baik la..

4 hb January..Malam sebelum ni g sek ni..Punyelah bdebar giler..Cam rase xnak pergi sekolah..Sebab takut..Sebab blur..Macam xbersedia..Nak nangis pun ada..Akhirnye pagi 2 dengan berat hati bangunla pergi sekolah..Pergi jumpe GPK 1..tanye dia camne nak buat..dia kate dah ada kelas..best giler..huhu

Skang dalam proses nak kemas2 kelas..Yeah!!
T dah siap akan ku pamerkan di blog ni..Daaa...