Jom Main Tekan - Tekan!

Sunday, July 5, 2009

Permulaan yang menarik

Hari ni baru mendaftar sebagai guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Alor Star Kedah..Kami pergi 3 orang- Yana, Mira dan K'on..Mula - mula sampai sekolah ni perasaan agak takut sikit..sebab 1st time ni pergi sekolah pekak nak buat praktikal..biasanye pergi sekolah masalah pembelajaran..Kami dah sampai awal jugak la sebab sekolah ng umah Mira xdala jauh sangat..Tapi kami tgu K'on utk sampai..

Selepas beberapa minit menunggu, K'on pun sampai..Kami bertiga mengambil keputusan untuk pergi ke Pejabat Sekolah untuk mendaftar diri..Kami bertanya untuk berjumpa dengan guru besar..Guru besar di sekolah tersebut melayan kami dengan baik..Jadi perasaan takut tu kurang sedikit la..hihi..Selepas sesi pengenalan, guru besar meminta kami duduk di lobi sekolah sementara menunggu Guru Penolong Kanan HEM..Apabila guru PK HEM sampai di sekolah, dia meminta kami bertiga untuk menghadirkan diri ke tempat perhimpunan..Perasaan takut 2 kembali semula..Dalam otak, asyik fikir macam mane nak kenalkan diri depan guru - guru dan murid - murid..Sebab bahasa isyarat me sangat teruk..Nak mengeja pun terkial-kial..

Nasib baik la..Guru besar 2 baik tolong memperkenalkan kami kepada semua orang..Jadi kami xpayahlah perkenalkan diri secara perseorangan..huhu..Selepas habis perhimpunan, kami diminta untuk berjumpa dengan GPK HEM..Ini adalah untuk mendapatkan jadual kelas yang bakal diajar oleh kami...Pada kali ini, saya diminta untuk mengajar bahasa melayu utk tahun 1 dan matematik untuk tahun 2..

Ape yang paling best?Makanan..Makanan kat sekolah 2 sangat murah..Tadi saya makan nasi, mee, ikan dan air teh o ais hanya RM2.90..ayoyo..Sangat menjimatkan..hihi..

Pukul 11.45 - 12.45, saya kena masuk kelas untuk memerhati guru mengajar matematik..Sangat seronok la mengajar matematik dari bm..tapi matematik saya hanya dapat 2 masa, manakala utk bm saya mendapat 8 masa..ayoyo..Mcm mane ni?Mesti kekeringan idea t..

No comments: