Hari ni melawat ke tempat ternakan itik..wah..sungguh penat..1st time pegi tempat cam2..masa mula2 sampai..fuh bau dia sungguh tidak boleh ditahan..dahlah sampai pagi - pagi..dengan xmakan lagi..cam nak termuntah..sampai kawan sapu perfume kat pergelangan tangan..hehe..
Tapi best jugaklah melawat sebab belajar camne nak buat penggredan telur, peng'asin'an telur, pembungkusan..n disamping itu membeli telur asin untuk diberi kepada mama n aunty...
Bile kami dah nak pegi ke Taman Agrotek, Pn Rozita (Sendayu Tinggi) sampai ke tempat itik tersebut..dia menceritakan sedikit sebanyak mengenai perusahaan yang dia lakukan n bagaimana dia leh berjaya..pada kami, dia adalah seorang yang humble..sebab dia bukan jenis orang yang berlagak..Semua orang yang nak bergambar dengan dia, dia melayan dengan baik dan mampu memberi pose yang menarik..
Selepas sesi penggambaran, kami bertolak ke Taman Agrotek..kat cna kami diperkenalkan dengan tanaman buah 'massmelon'..rasenye cam2 kut ejaan dia..hehe..buah 2 berwarna kuning cam buah tembikai susu..tapi masa 2 dah tengahari..terlalu panas..xtahan rasenye..lepas tengok tanaman..kami pergi ke tempat ternakan ikan keli..kat situ banyak sangat info yang nak diceritakan..camne nak kenal ikan halal dan tidak..huhu...
Ikan halal yang dijual kat situ makan dedak/ pelet..Kalau nak kenal jenis ikan ni..kat kepala nampak tengkorak, warna hitam kelabu..perut xboroi (bawah perut warna putih kelabu), tiada line kuning kat badan, ada corak batik pada badan n last skali agak panjang..Kalau ikan yang diragui..dia makan 4 makanan (perut ayam, bangkai, makanan terbuang, organ dalaman babi).. cara nak kenal plak..mempunyai badan pendek dan gemuk, warna hitam legam berkilat, perut boroi (putih melepask), ada warna kuning kat badan n kalau kite goreng dia akan meletup2..i2 apa yang pegawai itu cakaplah..just nak bagi info saje..
Selepas 2, kami pergi plak tempat ternakan ikan hiasan..agak menarik jugak..tapi dulu masa kecik2 dah biasa tengok..sebab atok pernah buat ternakan kat kampung..patutnye kami kena pergi tempat ternakan ayam lepas 2..tapi semua dah penghidratan sebab kami xdibekalkan dengan air dan makanan..akhirnye kami balik ke institut perguruan..
No comments:
Post a Comment