Jom Main Tekan - Tekan!

Tuesday, March 31, 2009

Watak wanita mengikut hari

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.


SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.


KHAMIS

Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk.
Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.


JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.


SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.


AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.

Monday, March 30, 2009

Cikgu or Usahawan?




Hari ni melawat ke tempat ternakan itik..wah..sungguh penat..1st time pegi tempat cam2..masa mula2 sampai..fuh bau dia sungguh tidak boleh ditahan..dahlah sampai pagi - pagi..dengan xmakan lagi..cam nak termuntah..sampai kawan sapu perfume kat pergelangan tangan..hehe..
Tapi best jugaklah melawat sebab belajar camne nak buat penggredan telur, peng'asin'an telur, pembungkusan..n disamping itu membeli telur asin untuk diberi kepada mama n aunty...

Bile kami dah nak pegi ke Taman Agrotek, Pn Rozita (Sendayu Tinggi) sampai ke tempat itik tersebut..dia menceritakan sedikit sebanyak mengenai perusahaan yang dia lakukan n bagaimana dia leh berjaya..pada kami, dia adalah seorang yang humble..sebab dia bukan jenis orang yang berlagak..Semua orang yang nak bergambar dengan dia, dia melayan dengan baik dan mampu memberi pose yang menarik..

Selepas sesi penggambaran, kami bertolak ke Taman Agrotek..kat cna kami diperkenalkan dengan tanaman buah 'massmelon'..rasenye cam2 kut ejaan dia..hehe..buah 2 berwarna kuning cam buah tembikai susu..tapi masa 2 dah tengahari..terlalu panas..xtahan rasenye..lepas tengok tanaman..kami pergi ke tempat ternakan ikan keli..kat situ banyak sangat info yang nak diceritakan..camne nak kenal ikan halal dan tidak..huhu...

Ikan halal yang dijual kat situ makan dedak/ pelet..Kalau nak kenal jenis ikan ni..kat kepala nampak tengkorak, warna hitam kelabu..perut xboroi (bawah perut warna putih kelabu), tiada line kuning kat badan, ada corak batik pada badan n last skali agak panjang..Kalau ikan yang diragui..dia makan 4 makanan (perut ayam, bangkai, makanan terbuang, organ dalaman babi).. cara nak kenal plak..mempunyai badan pendek dan gemuk, warna hitam legam berkilat, perut boroi (putih melepask), ada warna kuning kat badan n kalau kite goreng dia akan meletup2..i2 apa yang pegawai itu cakaplah..just nak bagi info saje..

Selepas 2, kami pergi plak tempat ternakan ikan hiasan..agak menarik jugak..tapi dulu masa kecik2 dah biasa tengok..sebab atok pernah buat ternakan kat kampung..patutnye kami kena pergi tempat ternakan ayam lepas 2..tapi semua dah penghidratan sebab kami xdibekalkan dengan air dan makanan..akhirnye kami balik ke institut perguruan..
  

Sunday, March 29, 2009

Earth Hour (28 March 2009)

Petang semalam, keluar bersama parents pegi giant..masa nak bayar kat cashier, ada sorang makcik ni tanye, giant akan tutup lampu ke malam ni...cashier 2 cume menggeleng dan senyum..kalau tutup, rugilah dia..jadi maknenye dia xsupport lah earth hour..huhu..Masa dalam kereta, dengar radio Hot Fm, memang betul lah diaorg support..caya lah..coz kul 8.30 diaorg dah berhenti untuk men'support' earth hour...
Sampai umah malam tadi dah berkeadaan gelap, sebab adik - adik dah tutup lampu...tapi masalahnye, ada sebahagian jiran - jiran yang tidak tutup..jadi ada jugak rakyat Malaysia yang xconcern ngan Earth Hour ni..sedih betul..huhu..Saje jek malam 2, tengok akademi fantasia..mula - mula ingat af pun support r..sebab dewan memang totally black..but then bile start nyanyi, sikit - sikit lampu terpasang..hehe...

Thursday, March 26, 2009

Cuti sekolah


Cuti sekolah kali ni agak best jugak..sebab for da 1st time pegi utara..huhu..itupun sebab ayah ada meeting kat cna..kalau x, jangan harap r nak pegi sana..tapi best gak lah pegi penang..malam bertolak nak bas ngan mama ngan adik kecil...tapi ayah best r dapat naik flight..nak naik flight gak, xmampu...huhu...

tapi masa pegi sana naik bas malam, macam menakutkan...actually dah lame sangat xnaik bas...tido pun asyik terjaga2...sebelum bas nak bertolak lagi best, tibe2 perut meragam plak..nasib baik sempat carik toilet..kalau x, nak tgu pukul bape r baru singgah toilet..dah naik bas 2, dah lame skit rase sejuk sangat2 sebab akaun yang atas dua2 menghala kat diri, rase nak terkencing plak...tungu punye tunggu sampai kat gerai kat slim river..tapi serius kotor sangat..dah lah toilet kotor kena bayar 2o sen lagi..tapi nak buat camne..terpakse...sabar jelah..
Pukul 5 baru sampai penang, i2 pun cam kelam kabut nak turun ke x...mama tanye driver tengok2 dia leh benti kat georgetown..jadi kami pun benti kat c2 sebab nak naik feri...Nila jugak 1st naik feri..hehe..agak excited lah jugak..tapi kepala berat r..xcukup tido...huhu

Tapi kat penang xleh nak berjalan-jalan...sebab ada adik yang kecik 2..dia ngada2 sangat r...asyik nak berdukung jek bile jalan..eii..yang jadi mangsa, diri ni...sebab dia xnak ngan mama..sabar jela..huhu...tapi bile berjalan asyik nak tido..tapi bile dah sampai hotel, boleh terjaga plak..habis 1 bilik 2 dia kemas...hehe..yang xleh tahan, dia boleh plak suh mama tido, supaya dia boleh bermain..adif2..hehe..

Masa nak balik plak...tunggu bas kul 9 pagi hari jumaat..bas pun sampai..ada bape org jek naik..lepas 2 dia benti kat sg nibong plak..amik org...lepas 2..dia benti kat butterworth amik org lagi..fuh punye lah tensen..dia benti lagi 2 perhentian kut nak amik org..pas2 baru bergerak nak g seremban..ni bukan bas ekspress ni bas benti2, kata mama..memang tensen..menyesal xtanye dulu..lepas 2 macam biasa dia benti kat tempat makan yg kotor kat slim river 2...argh..xsukenye...geli..dah sampai kl, dah pelik..nape dia masuk kat bandar kl..upenye ada org nak benti kat kl..dah la masa nak pegi angkut org..balik pun angkut gak..arghhhhhh..ok la 2..sekali dia masuk tol kajang, benti org lagi kat stesen kajang...ada ke bas benti kat stesen kajang??xlogik 2..last2 baru sampai seremban dengan mengambil masa 9 jam..sakit at..