Jom Main Tekan - Tekan!

Thursday, November 3, 2011

Jom kenal org JOHOR-ian

Here are some unique ‘trademarks’ of a true blue Johorian. They were forwarded to my e-mail by a friend. I find that they are really interesting. As a Johorian myself, I can’t deny these ‘trademarks’ as most of them are true. So… If you happen to meet or become friends with a Johorian, why don’t u check for yourself wether the ‘trademarks’ are true or not. It can be fun…

1.They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok… . Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori ni?

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Friday, October 7, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Is it ORI???



ORIGINAL kah handphone korang???

sila lah type kat handfon *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 358671017470473...
... kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******

utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


YEAH....N MY GALAXY TAB N SONY ERICSSON IS THE BEST MOBILE QUALITY <3

Friday, September 23, 2011

Soalan ttg Kahwin???



As salam..Dah lame sgt Cik Yana xupdate ni blog..Rasenye cm dah berhabuk2..Puas mengemasnya..hihi..

Bukan ape..sebelum puasa hari 2 sampai lah puasa, Cik Yana bukak booth kat NiteTown Seremban..So masa 2 kurangla nak mengadap laptop ni..Update jugak cume update kat www.missladyanashops.com jek..


For now Cik Yana nak cube la curi-curi masa utk update ini blog..


Cik Yana ni sakit at ni..hihi..Sebab time raya 2 ramai sgt tanye biler nak kawin..Cik Yana bukan ape..Xsedia lagi la..Xpe kan??hihi..

Pastu baru - baru ni Cik Yana ditanya soalan yang misteri ni drp mama Cik Yana sendiri.."Bf 2 betul2 ke ng Yana?" " Dia serius ke"..Cik Yana hanya menjawab kitaorg ok jek..Insyallah tahun depan kawin..Chewah..Yelah 2..ni tgh kumpul duit la mama oi..hihi..

Tapi kan kalau org asyik bertanya jek pasal kawin, apa kata u olls jawab cmni..hihi..


JAWAPANKU tntg p'kahwinan

( selamat membaca kenyataan ini, alhamdulilllah)

Knp lmbt?:

Krn Allah tahu ms yg t'baik utkku

Dah b'punya?:

Ya.. krn setiap org telah ditetapkan jodoh masing²

Siapa?:

Nanti Allah akn p'kenalkan kpdku.........

Bila?:

Bila kami dah dipertemukan..

InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti...Jgnlah slalu b'tanya bila org tu nak kawen krn semua rahsia dia, t'letak di tgn Allah... Sampai ms Allah akn m'bongkarkannya :)

Wednesday, April 27, 2011

Melayan Adam Harith

Hari Ahad yang lepas bawak Adif pergi Fun Fair..
Selalu lalu jek..Sian dia xdapat nak pergi..

Akhirnye, layan jugak kerenah dia..
Melompat - lompat dia keriangan...hihi..
Suke........




With my mama..

Ayah & Mama

Tuesday, April 12, 2011

Mengemaskini Kelas

Mari - mari kite kemas kelas..
Kasi make up sikit kelas ini..

Hihi..
Nampak la lagi cantik dari dulu..

Lalalala..










Sunday, April 3, 2011

Siapa kata tugas guru itu SENANG?



SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

Monday, March 21, 2011

Pertunangan sepupuku & kawanku

20 hb Mac 2011
Bersamaan dengan Hari Ahad

Adalah Pertunangan Sepupuku

Pertunangan ni sangat bermakna..sebab ni 1st skali dalam keluarga kami ada kenduri macam ni..selama ni kami jek pergi ke kenduri sedara mara..kali ni kenduri keluarga Tok Leman sendiri..Ini bermakna kami semua dah tua, dh boleh kawin..Oh no!

Actually saya ng sepupu ni sebaya..dalam family ni kire we all la cucu sulung..
2 yg excited sikit 2..hihi

Ni ayah yg jadi wakil pada bahagian belah perempuan..
Dress ini my cuzzie yg reka..cantik sangat kan??

Bersama adik kesayangan saya..
Dulu kecik - kecik kami ni cam twins..
pakai baju sama warna..awwww..

Yg tgh dukung budak kecik 2 my mama..

Belah kiri 2 tokmak saya..


My cuzzie ng tunang dia..

Keluarga belah tunang sepupu saya..

Bersama dgn Ika..sepupu saya jugak..

Disamping pertunangan sepupu saya itu, pada hari yang sama jugak..
Pertunangan kawan saya, kawan sedorm saya waktu kat Teksas dulu
iaitu Along..

Semoga berbahagia ke anak cucu ye along..
To both of u..My cuzzie and my friends..
Selamat menempuh alam pertunangan..
Dan semoga berbahagia selalu..Peace!!!

Wednesday, March 16, 2011

Huiyo Bazaar 13 Mac

Missladyanashops di Huiyo Bazaar
utk kali kedua..

Kali kedua ni lagi SERONOK..
Sebab kan kenal ramai sangat kawan - kawan peniaga..
Sume plak 2 gila - gila..
Mmg suka sangat la..

Duit pun alhamdulillah masyuk lebih...
Aww..So leh la dating ng boypren n beli macam - macam..
Sukeeeeeeeeeeeeeeeeee...

Nanti kalau i bukak booth lagi, jemputla datang ye..













Cuti - cuti Cinta

Isnin n Selasa hr yg sangat membahagiakan..
Sebab dapat dating ng dia..Awww..
Sukeeeeeeeeeeeeeee...
1-2 bulan skali br leh jumpe..
Adoyai..

Bile la dia nak propose ni?ahaks..
Padahal Yana yg takut nak kawin..hahaha

But i have so much fun with him
Really really love himmmmmmmmmmm






Friday, March 11, 2011

Perang dan Bergaduh



Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Lagu ni mengingatkan ttg dia..Dia macam dah berubah..
Tapi...
Dah semingu keadaan macam ni..Xtau dh nak buat ape..
Tibe - tibe cakap mengarut..Pastu cam nak x nak layan..
Tapi bila tanye nak jumpe ke x..Kate ok jek..Confius la..

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa